Monday 4 June 2018

Pendaftaran Umrah Bulan Okt, Nov & Dis 2018 Sudah Dibuka

Anda sedang merancang untuk menunaikan umrah tahun ni tapi tak tahu nak pergi bila. Mungkin nak pergi bulan 8, 9, 10, 11 atau 12 2018.

Ingin saya kongsikan, setiap tahun musim umrah hanya sampai bulan Ramadan sahaja. Selepas itu akan ditutup untuk musim haji. Jadi musim umrah akan bermula dalam bulan Safar (bulan islam) setiap tahun.

Dijangka bulan safar untuk tahun 1440H jatuh pada bulan Okt 2018. Jadi bermula Okt 2018 akan mula musim umrah untuk sesi 1440H. Jadi anda boleh pilih tarikh untuk bulan Okt, Nov atau Dis 2018. Tapi kebanyakan orang ambil bulan Nov & Dis jika terlibat dengan persekolahan. Mungkin disebabkan pekerjaan sebagai cikgu atau anak-anak yang masih bersekolah. Dan harga musim cuti sekolah lebih tinggi berbanding harga umrah musim biasa (bukan cuti sekolah). Jika anda tiada komitmen dengan persekolahan, boleh ambil tarikh untuk musim biasa dan harga pun lebih rendah.

Di sini disertakan 2 pilihan pakej umrah (harga berbeza disebabkan jarak hotel berbeza). Yang di atas jarak hotel 50m dari masjid (sangat dekat). Yang di bawah jarak hotel 350-450m dari masjid (jarak sederhana). Boleh pilih ikut kemampuan harga & kemampuan tubuh badan.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pejabat Andalusia Cawangan Terengganu @ boleh datang ke pejabat di Pusat Niaga Paya Keladi, Kuala Terengganu. No tel pejabat boleh refer di atas blog page.

Semoga kita dijemput sebagi tetamu Allah & dapat ziarah maqam Rasulullah,aminn....

No comments:

Post a Comment

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...