Sunday 7 October 2018

15 KESILAPAN KETIKA TAWAF






1) Bercakap-cakap atau bersembang ketika tawaf, banyakkan berdoa & berzikir

2) Mendiamkan diri ketika tawaf, banyakkan doa & berzikir

3) Menyentuh kelambu kaabah, hijr ismail & syazarwan

4) Terkejar-kejar mutawwif sehingga lari niat tawaf 

5) Istilam (isyarat tangan bila setentang dengan hajarul aswad) sehingga terpaling bahu kiri

6) Wanita yang beristilam sehingga nampak aurat lengannya

7) Wanita menyaringkan suara ketika berdoa & berzikir, berdoalah sekadar boleh dengar untuk diri sendiri

8) Tidak habiskan tawaf sehingga melepasi rukun hajarul aswad untuk cukupkan bilangan 7 kali pusingan

9)  Tidak cukupkan pusingan tawaf walaupun rasa waswas dengan bilangan tawaf

10) Sengaja melanggar & berlawan badan dengan jemaah lain ketika tawaf untuk membalas apa yang dibuat oleh jemaah lain sehingga menyakiti jemaah lain

11) Cari suami atau kawan ketika tawaf sehingga terpaling bahu kiri

12) Menyentuh kelambu kaabah yang berbau wangi & kucup hajarul aswad yang berbau wangi yang mana dalam ihram tidak boleh berwangian

13) Tidak solat sunat tawaf selepas selesai tawaf

14) Melihat perempuan sehingga terangsang syahwat. Begitu juga sebaliknya bagi perempuan yang melihat bahu lelaki ketika tawaf sehingga terangsang syahwat.

15) Tidak menjaga mata ketika tawaf. Melihat yang tidak sepatutnya disebabkan tawaf bercampur lelaki & perempuan

1 comment:

  1. With such a site, you were delivering very helpful info Very good  December Umrah Packages

    ReplyDelete

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...