Thursday 3 May 2018

Pejabat Andalusia Cawangan Terengganu

Kat mana pejabat Andalusia Cawangan Terengganu? Tak jumpa cari ke? Haaa tuu nampak tak? kat mana ni? Pejabat Andalusia Cawangan Terengganu terletak di Bangunan Paya Keladi, Kuala Terengganu. Sebelah kedai kain Deewandas & City Point Hotel. Berdekatan dengan pasar payang & stesen bas kuala terengganu. Berdekatan dengan kedai kain Textiles & Gulatis. 

Pejabat Andalusia di Tingkat 1, boleh tengok pada signboard di atas atau boleh tengok signage Andalusia di pintu masuk ke tingkat 1. Kami sudah beroperasi sejak Mac 2012 di Terengganu. 

Kebanyakan orang alhamdulillah sudah mengenali Andalusia Travel tetapi ada juga yang pertama kali dengar Andalusia Travel. Ada apa dengan Andalusia? Kami menyediakan perkhidmatan :

➤ Pakej Umrah
➤ Pakej Haji
➤ Badal Haji @ Upah Haji
➤ Pakej Melancong

Kenapa perlu pergi umrah dengan Andalusia?

1) Kami menyediakan setiap hari penerbangan umrah yang mana memudahkan setiap jemaah untuk memilih tarikh yang sesuai. Mungkin ada yang bekerja perlukan tarikh tertentu yang sesuai dengan cuti, mungkin bagi wanita yang haid perlu memilih tarikh yang sesuai supaya tidak waktu yang uzur ketika berada di mekah yang mana di mekah kita akan menunaikan umrah.

2) Kami menyediakan banyak pilihan Pakej Umrah Ziarah. Apa maksudnya tu? Maksudnya disamping kita menunaikan umrah, kita juga dapat melawat negara lain, contohnya sebelum menunaikan umrah, kita akan melawat Istanbul dulu selama 4hari 3malam & umrah selama 12 hari. Jadi jumlah hari untuk Pakej Umrah Ziarah Istanbul selama 15hari 12malam. Antara tempat ziarah yang lain : Mesir, Jordan, BaitulMaqdis, Dubai, Abu Dhabi, Oman, London, Paris, Italy, Switzerland & banyak lagi.

3) Ramai rakyat Malaysia beri kepercayaan kepada Andalusia untuk menguruskan umrah mereka. Setakat sehingga 3 Mei 2018 ni, kami telah membawa 62,000 jemaah setahun yang mana Andalusia merupakan ranking pertama dalam Malaysia yang mana telah bawa jemaah umrah terbanyak sepanjang tahun. Dan di dunia merupakan ranking kelima.

4) Andalusia mempunyai 36 Pejabat Cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak yang mana memudahkan setiap jemaah dapat berurusan di pejabat & dapat mengikuti Kursus Umrah setiap minggu yang disediakan oleh Andalusia.

5) Pengalaman menguruskan jemaah umrah selama 15 tahun membantu jemaah supaya dapat menunaikan umrah dengan baik dan keselesaan perjalanan. Mutawwif (Pembimbing Umrah) yang berpengalaman dan dapat membimbing jemaah dengan baik.

Semoga kita semua dapat menjadi tetamu Allah di masa akan datang. Usahalah dengan apa cara sekalipun supaya dapat kita jejak ke tanah suci Mekah & Madinah. Agar menjadi saksi di Akhirat kelak.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wrbt..mohon share tarikh umrah untuk bulan Mac tahun depan.

    ReplyDelete

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...