Pejabat Andalusia Cawangan Terengganu :: No 15 Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi 20100 Kuala Terengganu (Sebelah Kedai Kain Deewandas & Hotel City Point) :: No Tel : 09-630 5325/5425 H/p : 010-4004048 (Ust Amin - Call / Whatsapp)
Wednesday, 24 October 2018
SOAL JAWAB DALAM SAIE
Soalan : Bagi wanita yang sedang haid, tidak boleh tawaf disebabkan masih dalam hadas besar, bolehkah dia saie dulu kemudian bila dah suci baru buat tawaf?
Jawapan : Tidak boleh, sebab rukun tawaf mesti tertib setiap rukun, selagi tidak sempurna tawaf, maka tidak boleh untuk melakukan saie
========================
Soalan : Jika saya terlupa bilangan saie sama ada 6 atau 7, apa perlu saya buat?
Jawapan : Ambil bilangan yang sedikit dan teruskan kira bilangan tawaf & pusingan ke-7 mesti berhenti di marwah, bukan di Safa
========================
Soalan : Bolehkah saya mula saie di Marwah ?
Jawapan : Tidak boleh,kiraan pusingan saie mesti bermula di Safa
========================
Soalan : Dalam pusingan saie ke-3, saya terkentut, adakah saie saya batal & perlu ulang semula?
Jawapan : Dalam saie, disunatkan dalam keadaan berwudhuk, jika terkentut, tak perlu ulang semula & boleh teruskan saie hingga ke pusingan ke-7, kerana berwudhuk adalah perkara sunat dalam saie
========================
Soalan : Sekiranya saya menolak kerusi roda ibu saya disebabkan keuzuran ibu, adakah dua-dua dapat saie atau saya perlu ulang untuk diri sendiri?
Jawapan : Dua-dua dapat saie tersebut, tidak perlu ulang untuk diri sendiri
========================
Soalan : Sekiranya dalam pusingan ke-4, saya sakit perut untuk buang air besar, terus saya ke tandas, adakah saya perlu ulang semula dari pusingan 1?
Jawapan : Tak perlu ulang dari pusingan 1, cuma perlu sambung dari pusingan ke-4, kerana perbuatan melakukan 7 pusingan saie secara berturut-turut adalah sunat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019
PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...

-
Soalan : Bagi wanita yang sedang haid, tidak boleh tawaf disebabkan masih dalam hadas besar, bolehkah dia saie dulu kemudian bila dah...
-
1) Bercakap-cakap atau bersembang ketika tawaf, banyakkan berdoa & berzikir 2) Mendiamkan diri ketika tawaf, banyakkan doa ...
-
SOALAN : Penerbangan saya masuk mekah dulu, jadi saya akan berniat di atas kapal terbang, sampai sahaja di airport Jeddah, saya te...
Thank you for sharing this fantastic blog. You might do it even if you require affordable Umrah package,.
ReplyDeletehave you knowledge about Umrah Packages London?
ReplyDelete