Monday 11 June 2018

ELAKKAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH


Semua umat Islam berhasrat dan berniat untuk menunaikan umrah. Sekurang-kurangnya seumur hidup sekali bagi golongan yang kurang berkemampuan. Ada yang kumpul duit bertahun-tahun untuk menunaikan umrah. Sanggup berhujan panas untuk menyimpan duit. Alhamdulillah bila sudah cukup duit, masing-masing mencari syarikat untuk uruskan umrah mereka. 

Pastikan harga yang ditawarkan mestilah RM 4900 ke atas seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah. Mana-mana syarikat menawarkan harga kurang dari RM 4900 akan diambil tindakan undang-undang. Berhati-hati dengan syarikat yang menawarkan harga bawah dari itu.

Disini kami berikan 10 panduan atau tips-tips bagi mengelakkan penipuan pakej umrah :

1) Pastikan syarikat umrah berkenaan mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, boleh check di Website Kementerian Pelancongan atau hubungi pejabat Kementerian Pelancongan. Atau boleh check & tanya di pejabat syarikat berkenaan.

2) Pastikan ada Lesen Khas Umrah (LKU) bagi membolehkan syarikat berkenaan menjual pakej umrah. Jika tidak ada, boleh laporkan pada Kementerian Pelancongan.

3) Pastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Survey dengan syarikat-syarikat lain supaya dapat kita bandingkan harga. Harga adalah berdasarkan jenis penerbangan, jarak hotel di mekah & madinah dengan masjid,perkhidmatan mutawif (ustaz yang akan bimbing) dan perkhidmatan lain.

4) Pastikan ada pejabat pengurusan supaya mudah untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan & masalah.

5) Pastikan syarikat berkenaan menyediakan Kursus Umrah untuk para jemaah umrah belajar sebelum menunaikan umrah.

6) Pastikan ada resit dari syarikat dalam setiap pembayaran. Mestilah resit yang dicetak ada nama syarikat, no tel dan alamat. Bukan resit kosong

7) Pastikan bayaran yang dibuat melalui transfer / bank in / cheque, mestilah atas nama syarikat, bukan atas nama individu atau agen. Bagi mengelakkan sebarang penipuan

8) Survey dulu komen atau maklum balas jemaah umrah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan, boleh check melalui internet atau tanya dengan jemaah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan.

9) Adakah ada bayaran-bayaran tersembunyi dari pihak syarikat, perlu tanya betul-betul dengan syarikat berkenaan.Harga yang ditawarkan semasa pendaftaran mestilah sama semasa buat bayaran. Melainkan jika melibatkan keadaan semasa seperti kejatuhan nilai mata wang yang sangat teruk atau faktor-faktor yang lain.

10) Jika mengikut ketua rombongan seperti imam, ustaz, tok ketua & sebagainya, sebelum buat pendaftaran mengikuti rombongan, periksa latar belakang syarikat yang dibawa oleh imam, ustaz atau tok ketua, dibimbangi syarikat berkenaan menggunakan pengaruh imam, ustaz atau tok ketua untuk menarik jemaah. Jangan mendaftar membuta tuli. Mesti check dulu.

Dengan panduan & tips yang diberi, dapat semua jadikan sebagai panduan untuk memilih pakej umrah. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, jika dah kena tipu, duit tak kan dapat semula & harapan untuk menyimpan lagi sangat tipis memandangkan usia pun sudah lanjut.

Jadi berhati-hati dalam setiap langkah. Jadilah pengguna yang bijak. Moga kita semua dijemput sebagai tetamu Allah dalam keadaan yang aman & selamat.


Ustaz Ahmad Amirul Amin Bin Azmi
Pengurus Andalusia Cawangan Terengganu
No 15 Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi
20100 Kuala Terengganu






















1 comment:

  1. Extremely great... site. You've provided useful help and recommendations about How To Select Umrah Package.

    ReplyDelete

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...