Pejabat Andalusia Cawangan Terengganu :: No 15 Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi 20100 Kuala Terengganu (Sebelah Kedai Kain Deewandas & Hotel City Point) :: No Tel : 09-630 5325/5425 H/p : 010-4004048 (Ust Amin - Call / Whatsapp)
Sunday, 16 September 2018
Wednesday, 5 September 2018
SOAL JAWAB BAB PANTANG LARANG DALAM IHRAM
SOALAN :
Penerbangan saya masuk mekah dulu, jadi saya akan berniat di atas kapal terbang, sampai sahaja di airport Jeddah, saya terlupa untuk buka seluar dalam, apa perlu saya buat?
JAWAPAN :
Cari tempat yang sesuai & terus buka, tidak berdosa kerana terlupa & tidak dikenakan dam
--------------------------------------------
SOALAN :
Bagi lelaki tidak dibenarkan tutup kepala ketika dalam ihram, semasa dalam bas menuju ke Mekah, saya tertidur & menutup kepala saya dengan kain ihram, apa perlu saya buat ?
JAWAPAN :
Jika terlupa tidak berdosa, kalau teringat terus turunkan kain ihram dari kepala, tidak dikenakan dam, boleh tolong ingatkan kawan-kawan kalau terlupa
---------------------------------------------
SOALAN :
Saya berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk tawaf, ketika dalam perjalanan, saya menutup muka dengan tapak tangan disebabkan habuk, adakah dikenakan dam? sebab perempuan tidak dibenarkan tutup muka ketika dalam ihram
JAWAPAN :
Jika tutup dengan tangan dibenarkan & tidak dikenakan dam disebabkan tangan bukan sesuatu yang kekal untuk menutupi muka. Berbeza dengan mask, mask memang dipakai untuk menutupi muka & dikenakan dam
---------------------------------------------
SOALAN :
Dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram untuk tawaf, peniaga Arab ada menghulurkan minyak atar untuk dicuba baunya, saya merelakan diletakkan di atas tangan untuk bau kewangian minyak atar tersebut, adakah dikenakan dam?
JAWAPAN :
Jika terlupa tidak berdosa, segera cari air untuk dibasuh & tidak dikenakan dam. Jika sengaja melewatkan & tidak basuh, maka berdosa & dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal
---------------------------------------------
SOALAN :
Kepala saya gatal, saya garu dan mendapati ada 3 helai rambut gugur, adakah dikenakan dam?
JAWAPAN :
Untuk rambut, sama ada sengaja atau tidak sengaja, akan dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, untuk 3 helai rambut ke atas akan dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal
---------------------------------------------
SOALAN :
Pakaian ihram saya berbau wangi selepas dibasuh, boleh ke untuk saya pakai?
JAWAPAN :
Boleh asalkan pakai sebelum berniat umrah, selepas berniat umrah tidak boleh untuk berwangian sama ada pakai minyak wangi, menukar pakaian ihram lain yang berbau wangi & sebagainya
---------------------------------------------
SOALAN :
Semasa dalam bilik hotel menunggu untuk tawaf, saya bergurau senda bersama isteri, adakah dikenakan dam?
JAWAPAN :
Jika melibatkan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berpeluk-pelukkan, meraba sehingga merangsang syahwat, maka dikenakan dam
--------------------------------------------
SOALAN :
Saya terbiasa menggigit kuku tanpa disedari, macam dah jadi habit, macam mana tu ya?
JAWAPAN :
Sama seperti rambut, kuku jika dipotong atau digigit dengan sengaja atau tidak sengaja, tetap dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, dam nya 1 kuku 5 riyal, 3 kuku dan keatas dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal
---------------------------------------------
---------------------------------------------
Sebarang persoalan :
http://www.wasap.my/+60104004048
BERHATI-HATI PENIPUAN PAKEJ UMRAH
Itulah antara kes-kes penipuan yang berlaku. Berhati-hati dalam pemilihan pakej umrah.
Pastikan harga yang ditawarkan mestilah RM 4900 ke atas seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah. Mana-mana syarikat menawarkan harga kurang dari RM 4900 akan diambil tindakan undang-undang. Berhati-hati dengan syarikat yang menawarkan harga bawah dari itu.
Disini kami berikan 10 panduan atau tips-tips bagi mengelakkan penipuan pakej umrah :
1) Pastikan syarikat umrah berkenaan mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, boleh check di Website Kementerian Pelancongan atau hubungi pejabat Kementerian Pelancongan. Atau boleh check & tanya di pejabat syarikat berkenaan.
2) Pastikan ada Lesen Khas Umrah (LKU) bagi membolehkan syarikat berkenaan menjual pakej umrah. Jika tidak ada, boleh laporkan pada Kementerian Pelancongan.
3) Pastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Survey dengan syarikat-syarikat lain supaya dapat kita bandingkan harga. Harga adalah berdasarkan jenis penerbangan, jarak hotel di mekah & madinah dengan masjid,perkhidmatan mutawif (ustaz yang akan bimbing) dan perkhidmatan lain.
4) Pastikan ada pejabat pengurusan supaya mudah untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan & masalah.
5) Pastikan syarikat berkenaan menyediakan Kursus Umrah untuk para jemaah umrah belajar sebelum menunaikan umrah.
6) Pastikan ada resit dari syarikat dalam setiap pembayaran. Mestilah resit yang dicetak ada nama syarikat, no tel dan alamat. Bukan resit kosong
7) Pastikan bayaran yang dibuat melalui transfer / bank in / cheque, mestilah atas nama syarikat, bukan atas nama individu atau agen. Bagi mengelakkan sebarang penipuan
8) Survey dulu komen atau maklum balas jemaah umrah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan, boleh check melalui internet atau tanya dengan jemaah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan.
9) Adakah ada bayaran-bayaran tersembunyi dari pihak syarikat, perlu tanya betul-betul dengan syarikat berkenaan.Harga yang ditawarkan semasa pendaftaran mestilah sama semasa buat bayaran. Melainkan jika melibatkan keadaan semasa seperti kejatuhan nilai mata wang yang sangat teruk atau faktor-faktor yang lain.
10) Jika mengikut ketua rombongan seperti imam, ustaz, tok ketua & sebagainya, sebelum buat pendaftaran mengikuti rombongan, periksa latar belakang syarikat yang dibawa oleh imam, ustaz atau tok ketua, dibimbangi syarikat berkenaan menggunakan pengaruh imam, ustaz atau tok ketua untuk menarik jemaah. Jangan mendaftar membuta tuli. Mesti check dulu.
Dengan panduan & tips yang diberi, dapat semua jadikan sebagai panduan untuk memilih pakej umrah.
Jadi berhati-hati dalam setiap langkah. Jadilah pengguna yang bijak. Moga kita semua dijemput sebagai tetamu Allah dalam keadaan yang aman & selamat.
Wednesday, 29 August 2018
SOAL JAWAB BAB NIAT UMRAH
SOALAN :
Bila waktu untuk berniat ?
JAWAPAN :
Bila-bila boleh asalkan bukan dalam ihram haji, bagi yang masuk Madinah dulu, akan berniat di Bir Ali, bagi yang masuk Mekah dulu, akan berniat di Qarnul Manazil (atas kapal terbang)
--------------------------------------------
SOALAN :
Bagaimana niat umrah ?
JAWAPAN :
Niat dalam hati sahaja (lintasan hati) - sahaja aku menunaikan umrah & berihram dengannya kerana Allah taala
--------------------------------------------
SOALAN :
Adakah perempuan yang sedang haid boleh berniat umrah ?
JAWAPAN :
Boleh, sebab niat tidak memerlukan suci dari hadas kecil & besar, sama ada lelaki atau perempuan, berhaid atau tidak, sihat atau sakit, mesti berniat umrah sebelum masuk ke Mekah
--------------------------------------------
SOALAN :
Apa perkara sunat yang boleh dilakukan sebelum berniat umrah ?
JAWAPAN :
Sebelum berniat umrah, sunat bagi kita melakukan perkara-perkara sunat seperti mandi sunat ihram, solat sunat ihram, memakai wangian di badan, memotong kuku, mengambil wudhu & mengandam rambut atau bulu-bulu di badan
---------------------------------------------
SOALAN :
Selepas berniat umrah, apa yang perlu saya lakukan ?
JAWAPAN :
Disunatkan untuk kita bertalbiah " Labbaikallah humma labbaik .... sehingga akhirnya" . Dan tamat bertalbiah bila hendak mulakan tawaf di Mekah
Dan bermulalah untuk menjaga 13 pantang larang dalam ihram
--------------------------------------------
SOALAN :
Adakah bila pakai pakaian ihram dikira sudah berniat ?
JAWAPAN :
Belum lagi, jika memakai pakaian ihram belum dikira berniat, selagi tidak berniat, belum lagi dalam ihram
---------------------------------------------
SOALAN :
Bagaimana kalau saya terlupa untuk berniat umrah, di hotel mekah baru teringat belum berniat ?
JAWAPAN :
Jika terlupa, terus niat umrah di hotel, dan tidak berdosa, tapi dikenakan dam(denda) seekor kambing
--------------------------------------------
SOALAN :
Saya takut terlupa niat atau tertidur masa dalam kapal terbang bagi yang masuk mekah dulu, boleh tak saya niat awal masa naik kapal terbang ?
JAWAPAN :
Boleh, tapi perlu menjaga pantang larang dalam ihram lebih awal, tapi afdalnya berniat umrah di miqat, tempat yang sepatutnya berniat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah
--------------------------------------------
-------------------------------------------
Sebarang persoalan :
http://www.wasap.my/+60104004048
Thursday, 16 August 2018
3 SOALAN YANG SERING DITANYA UNTUK MEMILIH PAKEJ UMRAH
CONTOHNYA : BERAPA METER JARAK HOTEL DARI HOTEL KE MASJIDIL HARAM
CONTOHNYA : PENERBANGAN SAUDI AIRLINES, MAS AIRLINES & SEBAGAINYA
KALAU JEMAAH UMRAH -
MASUK MEKAH DULU : AKAN BUAT UMRAH DULU, KEMUDIAN PERGI KE MADINAH
MASUK MADINAH DULU : PERGI MADINAH DULU, KEMUDIAN BARU MENUNAIKAN UMRAH
===========================================
INGINKAN KESELESAAN DALAM MENUNAIKAN UMRAH ?
1) HOTEL YANG DEKAT
(MILLENNIUM TOWERS MEKAH - 50M DARI MASJIDIL HARAM) - NAMA BARU BAGI HOTEL HILTON TOWERS
2) SEAT DALAM KAPAL TERBANG
CONTOHNYA :
HARGA PAKEJ RM 7,490 + RM 1,000 (BUSINESS CLASS) = RM 8,490
CONTOHNYA :
HARGA PAKEJ RM 7,490 + RM 2,000 (FIRST CLASS) = RM 9,490
PAKEJ UMRAH OKT, NOV & DIS 2018
PAKEJ UMRAH JAN - APR 2019
Maklumat Lanjut :
www.wasap.my/+60104004048
==============================
INFO SEMASA
PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN MUSLIM
SEMPENA MATTA FAIR PADA 7-9 SEP 2018
Dapatkan diskaun pakej pelancongan pilihan anda
Jauhnyaaaaaaa nak pergi PWTC dengan duit minyak lagi, masa lagi, penat lagi, nak tempah hotel lagi untuk bermalam. Semuanya melibatkan kos & masa
Tak perlu pergi jauh-jauh, anda boleh pergi ke cawangan Andalusia berdekatan untuk dapatkan promosi diskaun pakej pelancongan pilihan anda
Sah promosi diskaun hanya pendaftaran pada 7-9 Sep 2018 sahaja !!!
Jom rancang destinasi pilihan anda
Ingin bawa isteri & anak-anak berjalan waktu cuti sekolah?
Ingin buatkan surprise yang terindah untuk isteri tercinta?
Ingin hadiahkan pakej bercuti yang istimewa untuk mak & ayah?
Maklumat Lanjut www.wasap.my/+60104004048
Wednesday, 15 August 2018
Friday, 10 August 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019
PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...
-
Soalan : Bagi wanita yang sedang haid, tidak boleh tawaf disebabkan masih dalam hadas besar, bolehkah dia saie dulu kemudian bila dah...
-
1) Bercakap-cakap atau bersembang ketika tawaf, banyakkan berdoa & berzikir 2) Mendiamkan diri ketika tawaf, banyakkan doa ...
-
PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...










































