Wednesday 29 August 2018

SOAL JAWAB BAB NIAT UMRAH







SOALAN : 

Bila waktu untuk berniat ?

JAWAPAN :

Bila-bila boleh asalkan bukan dalam ihram haji, bagi yang masuk Madinah dulu, akan berniat di Bir Ali, bagi yang masuk Mekah dulu, akan berniat di Qarnul Manazil (atas kapal terbang)

--------------------------------------------

SOALAN : 

Bagaimana niat umrah ?

JAWAPAN :

Niat dalam hati sahaja (lintasan hati) - sahaja aku menunaikan umrah & berihram dengannya kerana Allah taala

--------------------------------------------

SOALAN : 

Adakah perempuan yang sedang haid boleh berniat umrah ?

JAWAPAN :

Boleh, sebab niat tidak memerlukan suci dari hadas kecil & besar, sama ada lelaki atau perempuan, berhaid atau tidak, sihat atau sakit, mesti berniat umrah sebelum masuk ke Mekah

--------------------------------------------

SOALAN : 

Apa perkara sunat yang boleh dilakukan sebelum berniat umrah ?

JAWAPAN :

Sebelum berniat umrah, sunat bagi kita melakukan perkara-perkara sunat seperti mandi sunat ihram, solat sunat ihram, memakai wangian di badan, memotong kuku, mengambil wudhu & mengandam rambut atau bulu-bulu di badan

---------------------------------------------

SOALAN : 

Selepas berniat umrah, apa yang perlu saya lakukan ?

JAWAPAN :

Disunatkan untuk kita bertalbiah " Labbaikallah humma labbaik .... sehingga akhirnya" . Dan tamat bertalbiah bila hendak mulakan tawaf di Mekah

Dan bermulalah untuk menjaga 13 pantang larang dalam ihram

--------------------------------------------

SOALAN : 

Adakah bila pakai pakaian ihram dikira sudah berniat ?

JAWAPAN :

Belum lagi, jika memakai pakaian ihram belum dikira berniat, selagi tidak berniat, belum lagi dalam ihram

---------------------------------------------

SOALAN : 

Bagaimana kalau saya terlupa untuk berniat umrah, di hotel mekah baru teringat belum berniat ?

JAWAPAN :

Jika terlupa, terus niat umrah di hotel, dan tidak berdosa, tapi dikenakan dam(denda) seekor kambing

--------------------------------------------

SOALAN : 

Saya takut terlupa niat atau tertidur masa dalam kapal terbang bagi yang masuk mekah dulu, boleh tak saya niat awal masa naik kapal terbang ?

JAWAPAN :

Boleh, tapi perlu menjaga pantang larang dalam ihram lebih awal, tapi afdalnya berniat umrah di miqat, tempat yang sepatutnya berniat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah

--------------------------------------------



-------------------------------------------

Sebarang persoalan : 

http://www.wasap.my/+60104004048

No comments:

Post a Comment

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...