Thursday 22 November 2018

KENAPA PERLU HADIR KURSUS UMRAH ?





Kenapa Perlu Hadir Kursus Umrah ?

1) Supaya dapat menunaikan umrah dalam keadaan berilmu

2) Supaya nampak perjalanan umrah yang akan kita lalui

3) Supaya tahu hukum hakam & pantang larang yang perlu dijaga sepanjang perjalanan umrah



Apa Kesan Jika Tidak Hadir Kursus Umrah ?

1) Menunaikan umrah dalam keadaan tidak ada ilmu & hanya terikut sahaja

2) Tidak nampak gambaran umum bagaimana suasana di Mekah & Madinah

3) Akan melanggar hukum hakam & pantang larang yang sepatutnya perlu dijaga dan mengakibatkan pulang ke malaysia dalam keadaan berihram


Apa Kesan Jika Pulang Ke Malaysia Dalam Keadaan Berihram ?

Bagi orang yang berihram, 

1) Tidak boleh bersetubuh bagi suami isteri

2) Tidak boleh menjadi wali bagi ayah untuk nikah anaknya

3) Tidak boleh bernikah bagi yang ingin berkahwin

4) Tidak boleh pakai wangian, menggugurkan rambut, pakai minyak rambut, potong kuku, pakai pakaian yang berjahit bagi lelaki dan banyak lagi


Jadi.....

Setiap bakal tetamu Allah perlu belajar sebelum menunaikan umrah, boleh hadir kursus umrah yang kami sediakan walaupun anda tidak mendaftar untuk menunaikan umrah

Moga suatu hari Allah akan jemput sebagai tetamu Allah


Untuk Maklumat Lanjut :

www.wasap.my/+60104004048


Boleh Like Di Facebook Andalusia Terengganu :

www.facebook.com/andalusiaterengganuofficialpage

Saturday 3 November 2018

UMRAH RAMADHAN 2019





Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

" Pahala melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala melakukan ibadah haji "

Jemaah yang menunaikan umrah pada bulan Ramadan memperolehi banyak ganjaran pahala disebabkan :

1) Dalam keadaan berpuasa, tidak makan & tidak minum dalam melakukan ibadah umrah & ibadah-ibadah yang lain

2) Bilangan orang menunaikan umrah di bulan Ramadhan sangat ramai seolah-oleh menunaikan ibadah haji menjadikan pelbagai cabaran & rintangan

3) Pahala ibadah berlipat kali ganda (pahala ibadah 100,000 kali ganda di tanah haram mekah + pahala ibadah 10 kali ganda dalam bulan Ramadan)

4) Sangat besar rahmat & bonus pahala jika menunaikan umrah dalam bulan Ramadan

Jom rebut peluang selagi Allah berikan kita masa, rezeki & kesihatan yang sihat untuk melakukan ibadah





Maklumat Lanjut :


PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...