Wednesday, 5 September 2018

SOAL JAWAB BAB PANTANG LARANG DALAM IHRAM







SOALAN :

Penerbangan saya masuk mekah dulu, jadi saya akan berniat di atas kapal terbang, sampai sahaja di airport Jeddah, saya terlupa untuk buka seluar dalam, apa perlu saya buat?

JAWAPAN :

Cari tempat yang sesuai & terus buka, tidak berdosa kerana terlupa & tidak dikenakan dam

--------------------------------------------

SOALAN :

Bagi lelaki tidak dibenarkan tutup kepala ketika dalam ihram, semasa dalam bas menuju ke Mekah, saya tertidur & menutup kepala saya dengan kain ihram, apa perlu saya buat ?

JAWAPAN :

Jika terlupa tidak berdosa, kalau teringat terus turunkan kain ihram dari kepala, tidak dikenakan dam, boleh tolong ingatkan kawan-kawan kalau terlupa

---------------------------------------------

SOALAN : 

Saya berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk tawaf, ketika dalam perjalanan, saya menutup muka dengan tapak tangan disebabkan habuk, adakah dikenakan dam? sebab perempuan tidak dibenarkan tutup muka ketika dalam ihram

JAWAPAN :

Jika tutup dengan tangan dibenarkan & tidak dikenakan dam disebabkan tangan bukan sesuatu yang kekal untuk menutupi muka. Berbeza dengan mask, mask memang dipakai untuk menutupi muka & dikenakan dam

---------------------------------------------

SOALAN :

Dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram untuk tawaf, peniaga Arab ada menghulurkan minyak atar untuk dicuba baunya, saya merelakan diletakkan di atas tangan untuk bau kewangian minyak atar tersebut, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Jika terlupa tidak berdosa, segera cari air untuk dibasuh & tidak dikenakan dam. Jika sengaja melewatkan & tidak basuh, maka berdosa & dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------

SOALAN :

Kepala saya gatal, saya garu dan mendapati ada 3 helai rambut gugur, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Untuk rambut, sama ada sengaja atau tidak sengaja, akan dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, untuk 3 helai rambut ke atas akan dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------

SOALAN :

Pakaian ihram saya berbau wangi selepas dibasuh, boleh ke untuk saya pakai?

JAWAPAN :

Boleh asalkan pakai sebelum berniat umrah, selepas berniat umrah tidak boleh untuk berwangian sama ada pakai minyak wangi, menukar pakaian ihram lain yang berbau wangi & sebagainya

---------------------------------------------

SOALAN :

Semasa dalam bilik hotel menunggu untuk tawaf, saya bergurau senda bersama isteri, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Jika melibatkan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berpeluk-pelukkan, meraba sehingga merangsang syahwat, maka dikenakan dam

--------------------------------------------

SOALAN :

Saya terbiasa menggigit kuku tanpa disedari, macam dah jadi habit, macam mana tu ya?

JAWAPAN :

Sama seperti rambut, kuku jika dipotong atau digigit dengan sengaja atau tidak sengaja, tetap dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, dam nya 1 kuku 5 riyal, 3 kuku dan keatas dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------


---------------------------------------------


Sebarang persoalan : 

http://www.wasap.my/+60104004048










No comments:

Post a Comment

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...