Monday, 2 July 2018

SUDAHKAH ANDA SELESAIKAN BADAL HAJI UNTUK ARWAH YANG ANDA SAYANG ?



Mungkin ada arwah yang anda sayang, belum sempat menunaikan haji sebelum menghembuskan nafas yang terakhir



Waris sebaiknya selesaikan badal haji untuk arwah,moga arwah dicucuri ganjaran pahala ketika berada di alam kubur


Kenapa perlu buat badal haji untuk arwah ?

Menunaikan haji bagi yang berkemampuan merupakan rukun islam ke-5. Perlu kita laksanakan sama ada kita masih hidup atau meninggal dunia (perlu buat badal haji)


Antara dalil badal haji :

(Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya atau meninggal dunia, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.


Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i


Apakah hukum buat badal haji untuk orang yang telah meninggal dunia?

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum menunaikan haji sedangkan dia ada meninggalkan harta, maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya

Kalau tidak ada harta peninggalan, tidaklah wajib waris mengerjakannya tetapi jika dibuat adalah lebih baik


Moga dengan pelaksanaan badal haji, sampai pahala kepada arwah, moga arwah diampuni, dirahmati dan berterusan mendapat pahala daripada waris. Juga perbanyakkan doa untuk arwah.






Jom Like Facebook Page Andalusia Terengganu :



Maklumat Lanjut Pertanyaan Badal Haji

No comments:

Post a Comment

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...