Thursday, 22 November 2018

KENAPA PERLU HADIR KURSUS UMRAH ?





Kenapa Perlu Hadir Kursus Umrah ?

1) Supaya dapat menunaikan umrah dalam keadaan berilmu

2) Supaya nampak perjalanan umrah yang akan kita lalui

3) Supaya tahu hukum hakam & pantang larang yang perlu dijaga sepanjang perjalanan umrah



Apa Kesan Jika Tidak Hadir Kursus Umrah ?

1) Menunaikan umrah dalam keadaan tidak ada ilmu & hanya terikut sahaja

2) Tidak nampak gambaran umum bagaimana suasana di Mekah & Madinah

3) Akan melanggar hukum hakam & pantang larang yang sepatutnya perlu dijaga dan mengakibatkan pulang ke malaysia dalam keadaan berihram


Apa Kesan Jika Pulang Ke Malaysia Dalam Keadaan Berihram ?

Bagi orang yang berihram, 

1) Tidak boleh bersetubuh bagi suami isteri

2) Tidak boleh menjadi wali bagi ayah untuk nikah anaknya

3) Tidak boleh bernikah bagi yang ingin berkahwin

4) Tidak boleh pakai wangian, menggugurkan rambut, pakai minyak rambut, potong kuku, pakai pakaian yang berjahit bagi lelaki dan banyak lagi


Jadi.....

Setiap bakal tetamu Allah perlu belajar sebelum menunaikan umrah, boleh hadir kursus umrah yang kami sediakan walaupun anda tidak mendaftar untuk menunaikan umrah

Moga suatu hari Allah akan jemput sebagai tetamu Allah


Untuk Maklumat Lanjut :

www.wasap.my/+60104004048


Boleh Like Di Facebook Andalusia Terengganu :

www.facebook.com/andalusiaterengganuofficialpage

Saturday, 3 November 2018

UMRAH RAMADHAN 2019





Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

" Pahala melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala melakukan ibadah haji "

Jemaah yang menunaikan umrah pada bulan Ramadan memperolehi banyak ganjaran pahala disebabkan :

1) Dalam keadaan berpuasa, tidak makan & tidak minum dalam melakukan ibadah umrah & ibadah-ibadah yang lain

2) Bilangan orang menunaikan umrah di bulan Ramadhan sangat ramai seolah-oleh menunaikan ibadah haji menjadikan pelbagai cabaran & rintangan

3) Pahala ibadah berlipat kali ganda (pahala ibadah 100,000 kali ganda di tanah haram mekah + pahala ibadah 10 kali ganda dalam bulan Ramadan)

4) Sangat besar rahmat & bonus pahala jika menunaikan umrah dalam bulan Ramadan

Jom rebut peluang selagi Allah berikan kita masa, rezeki & kesihatan yang sihat untuk melakukan ibadah





Maklumat Lanjut :


Thursday, 25 October 2018

9 PAKEJ UMRAH ZIARAH





MUSIM BIASA : RM 7,190 (16H/13M)

3 NOV - 18 NOV 2018 / 10 NOV - 26 NOV 2018 /
15 NOV - 30 NOV 2018

19 JAN - 3 FEB 2019 / 21 JAN - 5 FEB 2019 /
26 JAN - 10 FEB 2019 / 1 FEB - 16 FEB 2019 /
23 FEB - 10 MAC 2019 / 2 MAC - 17 MAC 2019 /
16 MAC - 31 MAC 2019 / 18 MAC - 2 APR 2019 /
20 MAC - 4 APR 2019 / 1 APR - 16 APR 2019




CUTI SEKOLAH : RM 8,090 (15H/12M)

28 NOV - 12 DIS 2018 / 29 NOV - 13 DIS 2018 /
30 NOV - 14 DIS 2018 / 4 DIS - 18 DIS 2018 /
5 DIS - 19 DIS 2018 / 11 DIS - 25 DIS 2018 /
14 DIS - 28 DIS 2018 / 16 DIS - 30 DIS 2018 /
17 DIS - 31 DIS 2018 / 19 DIS - 2 JAN 2019


MUSIM BIASA : RM 7,690 (15H/12M)

5 JAN - 19 JAN 2019 / 12 JAN - 26 JAN 2019 /
14 JAN - 28 JAN 2019 / 15 JAN - 29 JAN 2019 /
20 JAN - 3 FEB 2019 / 29 JAN - 12 FEB 2019 /
31 JAN - 14 FEB 2019 / 2 FEB - 16 FEB 2019 /
3 FEB - 17 FEB 2019 / 5 FEB - 19 FEB 2019 /
9 FEB - 23 FEB 2019 / 14 FEB - 28 FEB 2019 /
20 FEB - 6 MAC 2019 / 25 FEB - 11 MAC 2019 /
28 FEB - 14 MAC 2019 / 4 MAC - 18 MAC 2019 /
10 MAC - 24 MAC 2019 / 12 MAC - 26 MAC 2019 /
15 MAC - 29 MAC 2019 / 16 MAC - 30 MAC 2019 /
19 MAC - 2 APR 2019 / 23 MAC - 6 APR 2019 /
26 MAC - 9 APR 2019 / 30 MAC - 13 APR 2019




MUSIM BIASA : RM 8,190 (16H/13M)

2 JAN - 17 JAN 2019 / 16 JAN - 31 JAN 2019 /
23 JAN - 7 FEB 2019 / 30 JAN - 14 FEB 2019 /
2 FEB - 17 FEB 2019 / 5 FEB - 20 FEB 2019 /
27 FEB - 14 MAC 2019 / 6 MAC - 21 MAC 2019 /
13 MAC - 28 MAC 2019 / 16 MAC - 31 MAC 2019 /
1 APR - 16 APR 2019 / 10 APR - 25 APR 2019





CUTI SEKOLAH : RM 7,690 (16H/14M)

1 DIS - 16 DIS 2018 / 5 DIS - 20 DIS 2018 /
13 DIS - 28 DIS 2018 / 17 DIS - 1 JAN 2019


MUSIM BIASA : RM 6,990 (16H/14M)

4 JAN - 19 JAN 2019 / 12 JAN - 27 JAN 2019 /
18 JAN - 2 FEB 2019 / 26 JAN - 10 FEB 2019 /
1 FEB - 16 FEB 2019 / 9 FEB - 24 FEB 2019 /
16 FEB - 3 MAC 2019 / 23 FEB - 10 MAC 2019 /
2 MAC - 17 MAC 2019 / 9 MAC - 24 MAC 2019 /
16 MAC - 31 MAC 2019 / 23 MAC - 7 APR 2019 /
30 MAC - 14 APR 2019 / 6 APR - 21 APR 2019 /
13 APR - 28 APR 2019





MUSIM BIASA : RM 5,490 (13H/10M)

5 NOV - 17 NOV 2018 / 8 NOV - 20 NOV 2018 /
17 NOV - 29 NOV 2018 / 20 NOV - 2 DIS 2018 /
21 NOV - 3 DIS 2018

3 JAN - 15 JAN 2019 / 5 JAN - 17 JAN 2019 /
12 JAN - 24 JAN 2019 / 18 JAN - 30 JAN 2019 /
20 JAN - 1 FEB 2019 / 27 JAN - 8 FEB 2019 /
1 FEB - 13 FEB 2019 / 2 FEB - 14 FEB 2019 /
9 FEB - 21 FEB 2019 / 16 FEB - 28 FEB 2019 /
23 FEB - 7 MAC 2019 / 1 MAC - 13 MAC 2019 /
9 MAC - 21 MAC 2019 / 16 MAC - 28 MAC 2019 /
17 MAC - 29 MAC 2019 / 23 MAC - 4 APR 2019 /
30 MAC - 11 APR 2019 / 1 APR - 13 APR 2019


CUTI SEKOLAH : RM 6,490 (13H/10M)

30 NOV - 11 DIS 2018 / 20 DIS - 31 DIS 2018





MUSIM BIASA : RM 9,690 (17H/14M)

3 NOV - 19 NOV 2018

11 JAN - 27 JAN 2019 / 1 FEB - 17 FEB 2019 /
8 MAC - 24 MAC 2019 / 6 APR - 22 APR 2019


CUTI SEKOLAH : RM 9,990 (17H/14M)

28 NOV - 14 DIS 2018 





MUSIM BIASA : RM 8,890 (18H/15M)

12 NOV - 29 NOV 2018

18 JAN - 3 FEB 2019 / 1 FEB - 17 FEB 2019 /
1 MAC - 17 MAC 2019 / 15 MAC - 31 MAC 2019 /
5 APR - 21 APR 2019


CUTI SEKOLAH : RM 9,090 (18H/15M)

26 NOV - 13 DIS 2018 / 6 DIS - 23 DIS 2018 /
20 DIS - 5 JAN 2019





MUSIM BIASA : RM 10,290 (17H/14M)

18 JAN - 3 FEB 2019 / 1 FEB - 17 FEB 2019 /
15 MAC - 31 MAC 2019 / 5 APR - 21 APR 2019





MUSIM BIASA : RM 9,590 (17H/14M)

10 NOV - 25 NOV 2018 

19 JAN - 3 FEB 2019 / 1 FEB - 16 FEB 2019 /
15 MAC - 30 MAC 2019 / 1 APR - 16 APR 2019


CUTI SEKOLAH : RM 9,990 (17H/14M)

28 NOV - 13 DIS 2018 / 2 DIS - 18 DIS 2018 /
8 DIS - 23 DIS 2018 / 12 DIS - 27 DIS 2018 /
18 DIS - 2 JAN 2019 / 





Wednesday, 24 October 2018

SOAL JAWAB DALAM SAIE






Soalan : Bagi wanita yang sedang haid, tidak boleh tawaf disebabkan masih dalam hadas besar, bolehkah dia saie dulu kemudian bila dah suci baru buat tawaf?

Jawapan : Tidak boleh, sebab rukun tawaf mesti tertib setiap rukun, selagi tidak sempurna tawaf, maka tidak boleh untuk melakukan saie

========================

Soalan : Jika saya terlupa bilangan saie sama ada 6 atau 7, apa perlu saya buat?

Jawapan : Ambil bilangan yang sedikit dan teruskan kira bilangan tawaf & pusingan ke-7 mesti berhenti di marwah, bukan di Safa

========================

Soalan : Bolehkah saya mula saie di Marwah ?

Jawapan : Tidak boleh,kiraan pusingan saie mesti bermula di Safa

========================

Soalan : Dalam pusingan saie ke-3, saya terkentut, adakah saie saya batal & perlu ulang semula?

Jawapan : Dalam saie, disunatkan dalam keadaan berwudhuk, jika terkentut, tak perlu ulang semula & boleh teruskan saie hingga ke pusingan ke-7, kerana berwudhuk adalah perkara sunat dalam saie

========================

Soalan : Sekiranya saya menolak kerusi roda ibu saya disebabkan keuzuran ibu, adakah dua-dua dapat saie atau saya perlu ulang untuk diri sendiri?

Jawapan : Dua-dua dapat saie tersebut, tidak perlu ulang untuk diri sendiri

========================

Soalan : Sekiranya dalam pusingan ke-4, saya sakit perut untuk buang air besar, terus saya ke tandas, adakah saya perlu ulang semula dari pusingan 1?

Jawapan : Tak perlu ulang dari pusingan 1, cuma perlu sambung dari pusingan ke-4, kerana perbuatan melakukan 7 pusingan saie secara berturut-turut adalah sunat


Wednesday, 17 October 2018

10 PANTANG LARANG YANG SELALU DILAKUKAN SEMASA IHRAM







1) Terlupa buang seluar dalam sebab dah terbiasa pakai

2) Menutup kepala dengan kain ihram semasa tidur dalam bas

3) Perempuan memakai sarung lengan sehingga menutupi tapak tangan

4) Calit minyak atar pada kain ihram yang diberi oleh kedai-kedai arab semasa dalam perjalanan dari hotel ke Masjdil Haram

5) Bermain rambut sehingga gugur

6) Menyikat rambut sehingga gugur

7) Bermain & mencabut bulu hidung

8) Menggigit kuku sehingga cabut serpihan kuku

9) Bersenda gurau sesama suami isteri

10) Memijak belalang di tanah haram Mekah

Monday, 15 October 2018

PERKHIDMATAN TAMBAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH ANDALUSIA



1) Jualan Barang-Barang Keperluan Umrah & Haji

Boleh dapatkan di Pejabat Andalusia Cawangan Terengganu & Selepas Kursus Umrah Mingguan Andalusia

==============================



2) Pembelian Tiket Penerbangan Domestik dari Kuala Terengganu - KLIA - Terengganu

sama ada 2 hala atau 1 hala

Boleh berurusan dengan pejabat Andalusia Cawangan Terengganu

==============================



3) Insuran Perjalanan Tambahan 

jika sakit dan melibatkan perlu masuk ward, boleh claim bagi yang ambil insuran perjalanan tambahan

jika beg umrah hilang dalam tempoh sepanjang perjalanan, boleh claim bagi yang ambil insuran perjalanan tambahan

jika flight delay melebihi 6 jam, boleh claim bagi yang ambil insuran perjalanan tambahan

==============================



4) Kursus Umrah Khas/Private

Anda memerlukan kursus umrah khas untuk family anda untuk lebih memahami & senang bersoal jawab, atau mungkin duduk jauh untuk hadir kursus umrah, perlukan kursus di tempat anda, kami menyediakan kemudahan kursus umrah, penceramah akan datang ke tempat anda

Wednesday, 10 October 2018

KURSUS HAJI 15 SIRI






KURSUS HAJI 15 SIRI

Setiap Hari Sabtu, Jam 9-11 Pagi

Bermula 19 Okt 2019 - 15 Feb 2020

Di Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu) Kuala Terengganu

Semua Dijemput Hadir 

→ Silibus Pembelajaran Disediakan
→ Jamuan Disediakan
→ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
→ Dapat Sijil Kursus Haji 



JADUAL KURSUS HAJI





Gambar sekitar kursus haji bersiri yang sedang berjalan :
















========================

Sesiapa yang berminat untuk buka booth sepanjang Kursus Haji dijalankan, boleh hubungi 

H/p : 010-4004048 (Call/Whatsapp)


========================




Sunday, 7 October 2018

15 KESILAPAN KETIKA TAWAF






1) Bercakap-cakap atau bersembang ketika tawaf, banyakkan berdoa & berzikir

2) Mendiamkan diri ketika tawaf, banyakkan doa & berzikir

3) Menyentuh kelambu kaabah, hijr ismail & syazarwan

4) Terkejar-kejar mutawwif sehingga lari niat tawaf 

5) Istilam (isyarat tangan bila setentang dengan hajarul aswad) sehingga terpaling bahu kiri

6) Wanita yang beristilam sehingga nampak aurat lengannya

7) Wanita menyaringkan suara ketika berdoa & berzikir, berdoalah sekadar boleh dengar untuk diri sendiri

8) Tidak habiskan tawaf sehingga melepasi rukun hajarul aswad untuk cukupkan bilangan 7 kali pusingan

9)  Tidak cukupkan pusingan tawaf walaupun rasa waswas dengan bilangan tawaf

10) Sengaja melanggar & berlawan badan dengan jemaah lain ketika tawaf untuk membalas apa yang dibuat oleh jemaah lain sehingga menyakiti jemaah lain

11) Cari suami atau kawan ketika tawaf sehingga terpaling bahu kiri

12) Menyentuh kelambu kaabah yang berbau wangi & kucup hajarul aswad yang berbau wangi yang mana dalam ihram tidak boleh berwangian

13) Tidak solat sunat tawaf selepas selesai tawaf

14) Melihat perempuan sehingga terangsang syahwat. Begitu juga sebaliknya bagi perempuan yang melihat bahu lelaki ketika tawaf sehingga terangsang syahwat.

15) Tidak menjaga mata ketika tawaf. Melihat yang tidak sepatutnya disebabkan tawaf bercampur lelaki & perempuan

Wednesday, 5 September 2018

SOAL JAWAB BAB PANTANG LARANG DALAM IHRAM







SOALAN :

Penerbangan saya masuk mekah dulu, jadi saya akan berniat di atas kapal terbang, sampai sahaja di airport Jeddah, saya terlupa untuk buka seluar dalam, apa perlu saya buat?

JAWAPAN :

Cari tempat yang sesuai & terus buka, tidak berdosa kerana terlupa & tidak dikenakan dam

--------------------------------------------

SOALAN :

Bagi lelaki tidak dibenarkan tutup kepala ketika dalam ihram, semasa dalam bas menuju ke Mekah, saya tertidur & menutup kepala saya dengan kain ihram, apa perlu saya buat ?

JAWAPAN :

Jika terlupa tidak berdosa, kalau teringat terus turunkan kain ihram dari kepala, tidak dikenakan dam, boleh tolong ingatkan kawan-kawan kalau terlupa

---------------------------------------------

SOALAN : 

Saya berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk tawaf, ketika dalam perjalanan, saya menutup muka dengan tapak tangan disebabkan habuk, adakah dikenakan dam? sebab perempuan tidak dibenarkan tutup muka ketika dalam ihram

JAWAPAN :

Jika tutup dengan tangan dibenarkan & tidak dikenakan dam disebabkan tangan bukan sesuatu yang kekal untuk menutupi muka. Berbeza dengan mask, mask memang dipakai untuk menutupi muka & dikenakan dam

---------------------------------------------

SOALAN :

Dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram untuk tawaf, peniaga Arab ada menghulurkan minyak atar untuk dicuba baunya, saya merelakan diletakkan di atas tangan untuk bau kewangian minyak atar tersebut, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Jika terlupa tidak berdosa, segera cari air untuk dibasuh & tidak dikenakan dam. Jika sengaja melewatkan & tidak basuh, maka berdosa & dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------

SOALAN :

Kepala saya gatal, saya garu dan mendapati ada 3 helai rambut gugur, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Untuk rambut, sama ada sengaja atau tidak sengaja, akan dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, untuk 3 helai rambut ke atas akan dikenakan dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------

SOALAN :

Pakaian ihram saya berbau wangi selepas dibasuh, boleh ke untuk saya pakai?

JAWAPAN :

Boleh asalkan pakai sebelum berniat umrah, selepas berniat umrah tidak boleh untuk berwangian sama ada pakai minyak wangi, menukar pakaian ihram lain yang berbau wangi & sebagainya

---------------------------------------------

SOALAN :

Semasa dalam bilik hotel menunggu untuk tawaf, saya bergurau senda bersama isteri, adakah dikenakan dam?

JAWAPAN :

Jika melibatkan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berpeluk-pelukkan, meraba sehingga merangsang syahwat, maka dikenakan dam

--------------------------------------------

SOALAN :

Saya terbiasa menggigit kuku tanpa disedari, macam dah jadi habit, macam mana tu ya?

JAWAPAN :

Sama seperti rambut, kuku jika dipotong atau digigit dengan sengaja atau tidak sengaja, tetap dikenakan dam, bezanya kalau sengaja berdosa, tidak sengaja tidak berdosa, dam nya 1 kuku 5 riyal, 3 kuku dan keatas dam sebanyak 60 riyal kepada fakir miskin, setiap seorang 10 riyal

---------------------------------------------


---------------------------------------------


Sebarang persoalan : 

http://www.wasap.my/+60104004048










BERHATI-HATI PENIPUAN PAKEJ UMRAH








Itulah antara kes-kes penipuan yang berlaku. Berhati-hati dalam pemilihan pakej umrah.

Pastikan harga yang ditawarkan mestilah RM 4900 ke atas seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah. Mana-mana syarikat menawarkan harga kurang dari RM 4900 akan diambil tindakan undang-undang. Berhati-hati dengan syarikat yang menawarkan harga bawah dari itu.

Disini kami berikan 10 panduan atau tips-tips bagi mengelakkan penipuan pakej umrah :

1) Pastikan syarikat umrah berkenaan mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, boleh check di Website Kementerian Pelancongan atau hubungi pejabat Kementerian Pelancongan. Atau boleh check & tanya di pejabat syarikat berkenaan.

2) Pastikan ada Lesen Khas Umrah (LKU) bagi membolehkan syarikat berkenaan menjual pakej umrah. Jika tidak ada, boleh laporkan pada Kementerian Pelancongan.

3) Pastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Survey dengan syarikat-syarikat lain supaya dapat kita bandingkan harga. Harga adalah berdasarkan jenis penerbangan, jarak hotel di mekah & madinah dengan masjid,perkhidmatan mutawif (ustaz yang akan bimbing) dan perkhidmatan lain.

4) Pastikan ada pejabat pengurusan supaya mudah untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan & masalah.

5) Pastikan syarikat berkenaan menyediakan Kursus Umrah untuk para jemaah umrah belajar sebelum menunaikan umrah.

6) Pastikan ada resit dari syarikat dalam setiap pembayaran. Mestilah resit yang dicetak ada nama syarikat, no tel dan alamat. Bukan resit kosong

7) Pastikan bayaran yang dibuat melalui transfer / bank in / cheque, mestilah atas nama syarikat, bukan atas nama individu atau agen. Bagi mengelakkan sebarang penipuan

8) Survey dulu komen atau maklum balas jemaah umrah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan, boleh check melalui internet atau tanya dengan jemaah yang pernah pergi dengan syarikat berkenaan.

9) Adakah ada bayaran-bayaran tersembunyi dari pihak syarikat, perlu tanya betul-betul dengan syarikat berkenaan.Harga yang ditawarkan semasa pendaftaran mestilah sama semasa buat bayaran. Melainkan jika melibatkan keadaan semasa seperti kejatuhan nilai mata wang yang sangat teruk atau faktor-faktor yang lain.

10) Jika mengikut ketua rombongan seperti imam, ustaz, tok ketua & sebagainya, sebelum buat pendaftaran mengikuti rombongan, periksa latar belakang syarikat yang dibawa oleh imam, ustaz atau tok ketua, dibimbangi syarikat berkenaan menggunakan pengaruh imam, ustaz atau tok ketua untuk menarik jemaah. Jangan mendaftar membuta tuli. Mesti check dulu.

Dengan panduan & tips yang diberi, dapat semua jadikan sebagai panduan untuk memilih pakej umrah. 

Jadi berhati-hati dalam setiap langkah. Jadilah pengguna yang bijak. Moga kita semua dijemput sebagai tetamu Allah dalam keadaan yang aman & selamat.

Wednesday, 29 August 2018

SOAL JAWAB BAB NIAT UMRAH







SOALAN : 

Bila waktu untuk berniat ?

JAWAPAN :

Bila-bila boleh asalkan bukan dalam ihram haji, bagi yang masuk Madinah dulu, akan berniat di Bir Ali, bagi yang masuk Mekah dulu, akan berniat di Qarnul Manazil (atas kapal terbang)

--------------------------------------------

SOALAN : 

Bagaimana niat umrah ?

JAWAPAN :

Niat dalam hati sahaja (lintasan hati) - sahaja aku menunaikan umrah & berihram dengannya kerana Allah taala

--------------------------------------------

SOALAN : 

Adakah perempuan yang sedang haid boleh berniat umrah ?

JAWAPAN :

Boleh, sebab niat tidak memerlukan suci dari hadas kecil & besar, sama ada lelaki atau perempuan, berhaid atau tidak, sihat atau sakit, mesti berniat umrah sebelum masuk ke Mekah

--------------------------------------------

SOALAN : 

Apa perkara sunat yang boleh dilakukan sebelum berniat umrah ?

JAWAPAN :

Sebelum berniat umrah, sunat bagi kita melakukan perkara-perkara sunat seperti mandi sunat ihram, solat sunat ihram, memakai wangian di badan, memotong kuku, mengambil wudhu & mengandam rambut atau bulu-bulu di badan

---------------------------------------------

SOALAN : 

Selepas berniat umrah, apa yang perlu saya lakukan ?

JAWAPAN :

Disunatkan untuk kita bertalbiah " Labbaikallah humma labbaik .... sehingga akhirnya" . Dan tamat bertalbiah bila hendak mulakan tawaf di Mekah

Dan bermulalah untuk menjaga 13 pantang larang dalam ihram

--------------------------------------------

SOALAN : 

Adakah bila pakai pakaian ihram dikira sudah berniat ?

JAWAPAN :

Belum lagi, jika memakai pakaian ihram belum dikira berniat, selagi tidak berniat, belum lagi dalam ihram

---------------------------------------------

SOALAN : 

Bagaimana kalau saya terlupa untuk berniat umrah, di hotel mekah baru teringat belum berniat ?

JAWAPAN :

Jika terlupa, terus niat umrah di hotel, dan tidak berdosa, tapi dikenakan dam(denda) seekor kambing

--------------------------------------------

SOALAN : 

Saya takut terlupa niat atau tertidur masa dalam kapal terbang bagi yang masuk mekah dulu, boleh tak saya niat awal masa naik kapal terbang ?

JAWAPAN :

Boleh, tapi perlu menjaga pantang larang dalam ihram lebih awal, tapi afdalnya berniat umrah di miqat, tempat yang sepatutnya berniat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah

--------------------------------------------



-------------------------------------------

Sebarang persoalan : 

http://www.wasap.my/+60104004048

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019

PROMOSI DISKAUN / KOMISYEN SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN MUSLIM 2019 Pada : 6-8 Disember 2019 Hari : Jumaat - Ahad Jam ...